22 November 2024, Putrajaya - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Forum Ilmuwan Malaysia MADANI "Halatuju Dan Strategi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025" yang telah dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.
Forum ini membincangkan tentang harapan bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dan turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Setiausaha dan wakil dari universiti tempatan serta NGO.
