10 Disember 2024, Selangor - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Lawatan ke DreamEDGE Sdn Bhd bertempat di Cyberjaya.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, wakil dari Jabatan Muzium Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia serta wakil dari Kementerian. Delegasi telah dibawa melawat ke tiga lokasi yang meliputi Pusat Prototype, KidzTechCentre dan Creative Technology Experience Centre yang membolehkan mereka melihat dengan sendiri prototaip yang telah dihasilkan oleh syarikat Dreamedge, hasil automasi, produk menggunakan Augmented Reality (AR), aplikasi interaktif pendigitalan untuk pembelajaran, platform pembelajaran realiti mata (VR) dan tenunan secara digital.