29 Disember 2024, Putrajaya - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir menyempurnakan Program Larian Ini Warisan Kita oleh Yayasan Sukarelawan Siswa di Dataran Wawasan, Putrajaya.
Seramai 15,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur telah menyertai larian tersebut. Larian ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu 5km dan 10km.