16 Oktober 2024, Kuala Lumpur - Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 2 Tahun 2024 telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air merangkap Pengerusi MPPN pada hari ini.
Turut serta, Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang selaku Timbalan Pengerusi dan barisan ahli Majlis serta tokoh-tokoh masyarakat daripada pelbagai sektor termasuk dari Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta dan individu yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang perpaduan