29 Oktober 2024, Putrajaya – Ybhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bilangan 4 Tahun 2024 bertempat di Dewan Persidangan Bangunan Perdana Putra.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan.