25 Januari 2025, Kuala Lumpur - Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Sambutan bertaraf antarabangsa ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Republik Cina.
YB Timbalan Menteri, YB Senator Saraswathy Kandasami dan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara turut sama hadir ke sambutan Tahun Baharu Cina ini.
