- Butiran
- 5596
Latar Belakang
Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) dipertanggungjawabkan untuk merancang, menggubal, menyelaras, memantau serta mengawasi pelaksanaan dasar-dasar sosial berkaitan perpaduan melalui program dan aktiviti untuk memastikan Visi dan Misi Kementerian tercapai. Bahagian ini juga menerajui usaha dalam memastikan Malaysia terus mendapat manfaat daripada penglibatan dan keahlian dalam pertubuhan dan organisasi antarabangsa.
Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) diwujudkan bersekali dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Pada awal penubuhan, BDHA hanya diperuntukkan dengan 22 perjawatan sahaja. Namun, selepas penstrukturan semula KPN pada 1 Ogos 2024, struktur organisasi BDHA telah diperkukuhkan dengan tambahan lima (5) jawatan menjadikan jumlah keseluruhan perjawatan ialah 25 jawatan. Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) seksyen iaitu:
- Seksyen Dasar dan Perancangan Strategik
- Seksyen Keurusetiaan Strategik
- Seksyen Hubungan Antarabangsa