SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Pengumuman Arrow Korporat Arrow Fungsi Bahagian

Latar Belakang

Unit Audit Dalam (UAD) ialah suatu Bahagian yang menjalankan pengauditan secara bebas, profesional dan proaktif serta melaporkan hasil pengauditan kepada pihak pengurusan tertinggi bagi memantapkan lagi akauntabiliti, tadbir urus dan integriti Kementerian.

Unit Audit Dalam diwujudkan bersekali dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Pada awal penubuhan, UAD hanya diperuntukkan dengan enam (6) jawatan sahaja. Namun, selepas penstrukturan semula KPN pada 1 Ogos 2024, Pejabat Penasihat Undang-undang telah diberi tambahan tiga (3) lagi perjawatan menjadikan jumlah keseluruhan perjawatan ialah sembilan (9) jawatan.

Objektif

  1. Memastikan pengurusan kewangan diurus mengikut undang-undang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan;
  2. Memastikan program/ aktiviti/ projek diurus secara cekap, berhemat dan berkesan; dan
  3. Memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif ke arah meningkatkan prestasi pengurusan kewangan dan akauntabiliti KPN.

Fungsi

  1. Menguruskan kajian kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman Kementerian.
  2. Menguruskan kajian tahap pematuhan kepada dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.
  3. Menguruskan pengauditan aktiviti kementerian.
  4. Menguruskan khidmat nasihat pakar bagi kawalan dalaman Kementerian.
  5. Menguruskan pelaporan pengauditan kepada KSU Kementerian.
  6. Menguruskan tindakan susulan pengauditan kementerian.
  7. Menguruskan perancangan audit tahunan dan laporan audit dalam kepada KSU Kementerian.
  8. Menguruskan pembentangan perancangan audit tahunan dan laporan audit dalam bagi Kementerian

Latar Belakang

Unit Integriti ditubuhkan selari dengan arahan di bawah pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 bertindak sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.

Unit Integriti (UI) diwujudkan bersekali dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Pada awal penubuhan, Unit Integriti hanya diperuntukkan dengan dua (2) jawatan sahaja. Namun, selepas penstrukturan semula KPN pada 1 Ogos 2024, Unit Integriti telah diberi tambahan tiga (3) lagi perjawatan menjadikan jumlah keseluruhan perjawatan ialah lima (5) jawatan. Unit ini terdiri daripada dua (2) seksyen iaitu:

  1. Seksyen Aduan/ Pengesanan & Pengesahan/ Tadbir Urus
  2. Seksyen Tatatertib/ Pematuhan/ Pengukuhan

Objektif

  1. Membudayakan nilai-nilai murni dan kod etika dalam perkhidmatan awam.
  2. Membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan penjawat awam.
  3. Mengesan dan melaporkan salah laku jenayah berkaitan rasuah/ pelanggaran prosedur atau tatakelakuan penjawat awam kepada agensi berkaitan.
  4. Menjalankan fungsi keurusetiaan urusan tatatertib penjawat awam di Kementerian.

 

 

Fungsi

1. PENGURUSAN ADUAN -Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika.

2. PENGESANAN DAN PENGESAHAN - Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Seterusnya, melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab.

3. TATATERTIB - Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

4. PENGUKUHAN INTEGRITI - Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

5. PEMATUHAN - Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

6. TADBIR URUS - Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.

Latar Belakang

Bahagian Kolaborasi Strategik dipertanggungjawabkan menyelaras kolaborasi strategik antara Kementerian dengan pihak swasta, agensi kerajaan berkaitan dan badan bukan kerajaan. Bahagian ini juga menguruskan bantuan kewangan dan geran bagi program kesepaduan sosial serta menguruskan penganjuran program/ acara utama Kementerian.

Bahagian Kolaborasi Strategik (BKS) diwujudkan di bawah penstrukturan semula Kementerian pada 1 Ogos 2024. Struktur organisasi BKS terdiri daripada 16 perjawatan dan dibahagikan kepada dua (2) seksyen iaitu:

  1. Seksyen Pengurusan Kolaborasi
  2. Seksyen Pengurusan Acara

Objektif

  1. Memastikan jalinan kolaborasi strategik yang utuh antara Kementerian dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memantapkan inisiatif perpaduan negara.
  2. Memastikan penyaluran bantuan kewangan dan geran bagi program kesepaduan sosial mencapai objektif yang ditetapkan.
  3. Memastikan penganjuran program-program utama Kementerian berjalan dengan lancar dan memberi impak yang positif di bawah agenda perpaduan negara.

Fungsi

SEKSYEN PENGURUSAN KOLABORASI:

  1. Mengenal pasti dan menyediakan pelan kolaborasi strategik KPN dengan pihak-pihak berkepentingan.
  2. Menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif kolaborasi strategik KPN dengan Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, NGO dan Sektor Swasta berdasarkan pelan kolaborasi strategik Kementerian dengan pihak berkepentingan.
  3. Menyelaras permohonan bantuan kewangan kepada rakan strategik KPN (Badan Berkanun, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Sekretariat Rukun Negara (SRN), Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sektor Swasta) bagi pelaksanaan program-program perpaduan berdasarkan garis panduan dan pekeliling Kerajaan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa

SEKSYEN PENGURUSAN ACARA:

  1. Merancang, melaksana, menyelaras dan melapor pelaksanaan program Utama Kementerian dan Peringkat Kebangsaan berdasarkan Pelan Strategik Kementerian Perpaduan Negara, Keputusan Majlis Jemaah Menteri dan lain-lain keputusan rasmi Kerajaan.
  2. Memberi bantuan khidmat nasihat Protokol dan Tatacara Pengurusan Program kepada Kementerian dan Agensi berdasarkan Panduan Pengurusan Majlis dan Acara Kementerian Perpaduan Negara.

Latar Belakang

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) ialah suatu Bahagian yang berperanan sebagai peneraju strategik dalam pelaksanaan program-program ICT Kementerian dan Jabatan/ Agensinya.

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) diwujudkan bersekali dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Pada awal penubuhan, BPM hanya diperuntukkan dengan13 perjawatan sahaja. Namun, selepas penstrukturan semula KPN pada 1 Ogos 2024, struktur organisasi BPM telah diperkukuhkan dengan tambahan lima (5) jawatan menjadikan jumlah keseluruhan ialah 18 perjawatan. Bahagian ini terdiri daripada dua (2) Seksyen iaitu:

  1. Seksyen Dasar ICT dan Aplikasi
  2. Seksyen Pusa Data, Rangkaian, Keselamatan dan Sokongan Teknikal

Objektif

  1. Menentukan hala tuju, menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif ICT melalui Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPN.
  2. Menyediakan sistem aplikasi ICT yang memenuhi keperluan pelanggan, efektif dan efisien.
  3. Melengkapkan Kementerian, Jabatan/ Agensinya dengan infrastruktur dan kemudahan ICT yang selamat, dipercayai dan tersedia serta selari dengan Kerajaan Digital.
  4. Memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal ICT yang efisien.

Fungsi

SEKSYEN DASAR ICT DAN APLIKASI:

  1. Menguruskan Sistem aplikasi teras dan sokongan Kementerian.
  2. Menguruskan pembangunan aplikasi, naik taraf/ sistem/ aplikasi/web.
  3. Menguruskan Pentadbiran dan pengurusan pangkalan data bagi sistem aplikasi Kementerian.
  4. Menguruskan Jawatankuasa bagi projek ICT Kementerian dan Jabatan.
  5. Pelaksanaan dan pemantauan dasar-dasar berikut:
  • Pelan Strategik Pendigitalan KPN
  • Polisi Keselamatan Siber
  • Disaster Recovery Plan (DRP) KPN
  • Standard Operating Procedure ICT

SEKSYEN OPERASI, KESELAMATAN DAN RANGKAIAN:

  1. Menguruskan Pusat data, infrastruktur rangkaian, peralatan dan perisian ICT, MyGovUC.
  2. Menguruskan Agihan, pinjaman dan penyelenggaraan peralatan ICT.
  3. Menguruskan Khidmat sokongan/ latihan teknikal.
  4. Menguruskan Inventori dan pelupusan peralatan serta perisian ICT.
  5. Menguruskan Khidmat nasihat dan bantuan teknikal.
  6. Menguruskan Latihan penggunaan sistem aplikasi kepada pemilik projek.
  7. Menguruskan Penyelarasan Keperluan perolehan projek ICT, Kontrak-kontrak projek ICT, Kontrak-kontrak projek ICT, Latihan dan bengkel ICT, Kajian impak kepuasan pengguna, Pelaksanaan projek-projek ICT agensi dan Inisiatif pendigitalan kerajaan.

Latar Belakang

Bahagian Kesepaduan Nasional dipertanggungjawabkan menyelaras dan memantau hal ehwal integrasi nasional dan menguruskan jaringan kerjasama dengan pemegang taruh dalam ekosistem perpaduan.

Bahagian Kesepaduan Nasional (BKN) diwujudkan di bawah penstrukturan semula Kementerian pada 1 Ogos 2024. Secara umumnya, BKN ditubuhkan melalui penyelarasan semula fungsi dua (2) bahagian terdahulu iaitu Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Bahagian Perhubungan Masyarakat. Struktur organisasi BKN terdiri daripada 20 perjawatan dan dibahagikan kepada tiga (3) seksyen iaitu:

  1. Seksyen Integrasi Nasional
  2. Seksyen Ekosistem Perpaduan
  3. Seksyen Kenegaraan

Objektif

  1. Memastikan pengurusan isu-isu/ insiden yang berupaya untuk menggugat keharmonian dan perpaduan negara dikawal dengan baik dan efektif.
  2. Menghubungkan jalinan kerjasama dengan pemegang taruh berkaitan bagi memastikan ekosistem perpaduan negara sentiasa utuh dan berupaya mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
  3. Memperkukuh perpaduan nasional melalui integrasi perpaduan dengan pemuliharaan khazanah warisan, pelestarian memori institusi negara dan pemerkasaan budaya ilmu.

Fungsi

SEKSYEN INTEGRASI NASIONAL:

  1. Menguruskan isu, konflik dan insiden perpaduan negara.
  2. Menguruskan program intervensi dan mediasi.
  3. Menguruskan pengurusetiaan Jawatankuasa Penyelarasan Isu-isu Perpaduan Negara dan Jawatankuasa HARMONI.
  4. Menguruskan pengemaskinian data Rumah Ibadat Selain Islam dan sistem ePower.

SEKSYEN EKOSISTEM PERPADUAN:

  1. Menyelaras perancangan pelaksanaan pengukuhan Program Khidmat Komuniti.
  2. Menyelaras perancangan, penambahbaikan, pemantauan pelaksanaan Tabika/ Taska Perpaduan dan menjalankan Kerjasama dengan pelbagai agensi bagi Pendidikan Awal Kanak-kanak.
  3. Menyelaras perancangan pelaksanaan program/ aktiviti berkaitan kesepaduan nasional dan ekosistem perpaduan yang melibatkan pihak Kerajaan, Swasta, Komuniti dan Mahasiswa/ belia.

SEKSYEN KENEGARAAN:

  1. Menguruskan Garis Panduan/ Dasar Operasi serta program-program yang dilaksanakan oleh Muzium Negara Malaysia (JMM), Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
  2. Menguruskan pelaksanaan Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN).
  3. Menguruskan aktiviti / program berkaitan jati diri dan penerapan nilai perpaduan / patriotisme bersama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet