Memperkukuh Mekanisme Penilaian Keberkesanan Program
- Memperkukuhkan mekanisme penilaian keberkesanan program bermaksud meningkatkan sistem dan proses yang digunakan untuk menilai sejauh mana program-program perpaduan yang dilaksanakan mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.
- Mewujudkan indikasi sosial bagi mengukur tahap perkembangan kesepaduan sosial dan keharmonian yang dikecepai dalam masyarakat.
- Pelaksanaan kajian diperkukuhkan dengan mengadaptasi pelbagai teknologi terkini seperti Big Data analytics, automasi dan aplikasi digital.
- Menerusi kaedah dan pendekatan digital ini, keberkesanan pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti dapat dikawal selia secara real time dan analisis serta tinjauan masa hadapan (foresighting) boleh dilaksanakan bagi menambah baik pelaksanaan program serta mengenal pasti isu perpaduan yang perlu ditangani segera.
Aktiviti Program
- Kajian Indeks Perpaduan Nasional 2024
- Kajian terhadap Multicultural Framework oleh Department of Home Affairs (Australia)
- Kajian & Laporan sumbangan Sekolah Vernakular terhadap perpaduan negara masa depan