Mengukuhkan Tapak Integrasi Sosial
- Tapak integrasi merupakan asas yang membentuk lambang perpaduan di negara ini. Pengukuhannya ke arah menyemarakkan semangat perpaduan dapat dizahirkan melalui program-program yang dirancang secara teliti dengan menitikberat pelbagai aspek termasuklah budaya, agama, kaum, bahasa, etnik, kelas sosial, gender, politik dan sebagainya.
- Kementerian Perpaduan Negara memperkenalkan Kembara Perpaduan Malaysia MADANI sebagai program flagship yang menerajui inisiatif di bawah agenda perpaduan nasional dengan matlamat menyebarluas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap usaha-usaha Kerajaan dalam membangunkan Malaysia MADANI.
Kluster Program
- Kluster Semarak KENEGARAAN bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan tentang cita-cita dan prinsip Rukun Negara serta sejarah ketamadunan negara.
- Kluster Semarak PERPADUAN bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya bertepatan dengan konsep perpaduan dalam kepelbagaian.
- Kluster Komuniti RAHMAH adalah program yang dirangka bagi membina komuniti yang mampan dan rahmah khususnya dalam Kawasan Rukun Tetangga yang menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan seperti saling menghormati, mengasihi dan menghargai.
Aktiviti Program
- Sambutan Minggu Perpaduan
- Citra Nusa @ Muzium
- Kempen Malaysia MADANI Perpaduan
- Konvensyen Sukarelawan Nasional 2024
- Program Bermalam di Muzium
- Kertas MJM Pengistiyharan Hari Kaamatan dan Hari Gawai sebagai Hari Cuti Umum Peringkat Nasional
- Debat Perpaduan