9 September 2021 – YB Menteri Perpaduan telah mengadakan tinjauan ke Pusat Aktiviti Perpaduan, Taman Sri Rampai bagi melihat sendiri keadaan bangunan yang dicadangkan untuk dibangunkan sebagai Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN).
Cadangan di atas tapak tanah berkeluasan 1,905 meter persegi ini dijangka mampu memberi manfaat kepada warga Kementerian Perpaduan Negara sendiri dan komuniti setempat dalam meningkatkan kompetensi dan melaksanakan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional.