26 March 2022, Terengganu- Program Majlis Sentuhan Kasih Muhibbah (Memasak bubur lambuk) telah berlangsung di Peringkat KRT Daerah Dungun baru-baru ini.
Sebanyak 17 kawah dimasak dalam acara gotong-royong oleh Jentera Jiran Wanita. Lebih meriah lagi apabila program sarat harmoni ini turut dijalankan bersama Agensi Kerajaan diperingkat daerah.
Hasil daripada gotong-royong tersebut telah diagihkan pada komuniti KRT setempat, bertuah sungguh.
Bubur lambuk masyarakat Pantai Timur khususnya di negeri Terengganu memang istimewa kerana disajikan dengan pelbagai ulam-ulaman menyihatkan.
Tahniah dan syabas dalam kejayaan program yang dianjurkan.