24 Mei 2022, Melaka - Sumbangan RT-Cares diteruskan lagi oleh KRT Taman Malim Jaya. KRT Taman Malim Jaya, Melaka telah menyantuni sebilangan ahli komuniti bagi menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada masyarakat rukun tetangga.
Menurut Encik Lee Phin Han, Pengerusi KRT Taman Malim Jaya, kawasan komuniti yang didiami itu majoritinya adalah penduduk berbangsa Cina, namun masih ada sebilangan penduduk beragama Islam.
Semoga sumbangan yang diberikan dalam bulan Syawal ini dapat menceriakan mereka yang kekurangan.