30 Mei 2022, Melaka - Rumah Terbuka Aidilfitri KRT Taman Desa Duyong Simbol Penyatuan Keluarga Malaysia! Tradisi 'Rumah Terbuka' benar dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan bangsa.
KRT Taman Desa Duyong berjaya memperlihatkan penyatuan kepelbagaian kaum dalam Sambutan Hari Raya yang diadakan. Dapat kita saksikan pelbagai kaum turun untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari Raya yang diadakan. Semoga tradisi seumpama ini dapat diteruskan dan menjadi contoh kepada generasi baharu bahawa negara ini mempunyai cara tersendiri untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum.