9 Julai 2022, Kedah - Gerak bantuan diteruskan lagi ke Kupang, Baling Kedah. Kali ini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kuala Muda turun membersihkan kawasan dan menghulurkan beberapa bentuk bantuan makanan kepada penduduk yang terkesan.
Aktiviti ini turut disertai oleh Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kupang yang juga turun padang menghulurkan pertolongan.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan bantuan yang diterima dapat meringankan beban penduduk.