7 Julai 2022, Kedah - Hari ini, Pengerusi KRT Daerah Yan telah turun padang memberi bantuan pasca banjir kepada kawasan yang terlibat iaitu Taman Seri Landak, Kampung Tanjung, Kampung Hangus, Kampung Iboi dan Kampung Sadik Baling, Kedah.
Sebanyak 300 sumbangan kotak barangan keperluan yang berupa air mineral, biskut, keperluan kebersihan wanita dan kanak-kanak telah diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan.
Turut hadir, Pegawai Perpaduan Puan Nasriza Long dan Timbalan Pegawai Perpaduan Mohd Zawawi Md Adnan memberi bantuan. Semoga usaha yang disampaikan ini mampu meringankan beban yang dialami oleh penduduk setempat.