8 Oktober 2022, Kedah - Seramai 25 pasukan futsal dan 15 pasukan bola jaring telah menyertai Program Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia peringkat Negeri Kedah. Majlis penyerahan hadiah telah disempurnakan oleh Exco Perpaduan Negeri Kedah, YBhg. Dr Robert Ling Kui ee.
Liga Sukan UNITI yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara hasil kerjasama bersama Kementerian Belia dan Sukan ini meletakkan syarat utama iaitu penghasilkan sebuah pasukan perlu disertai oleh peserta berbilang kaum.
Sukan UNITI yang diadakan ini bukan sahaja untuk menyerlahkan bakat pemain malah dalam pada masa yang sama bagi mempamerkan kekuatan dan semangat pelbagai kaum dalam sebuah kumpulan demi mencapai kemenangan dalam acara yang dipertandingkan.