1 Oktober 2022,Pulau Pinang - Seramai 300 peserta telah menyertai Liga Sukan UNITI Peringkat negeri Pulau Pinang yang disertai 32 pasukan bagi kategori futsal dan 16 pasukan bagi kategori bola jaring.Program Liga Sukan UNITI yang dilaksanakan ini adalah untuk mempamerkan kemajmukan yang ada dalam Keluarga Malaysia. Semangat bekerjasama dan kebersamaan yang ditonjolkan dalam menjaga pasukan dan meraih kemenangan dalam perlawanan.Kementerian Perpaduan Negara berharap Program Liga Sukan yang dianjurkan ini dapat memberi impak positif kepada anak muda dan belia untuk menggiatkan diri dalam aktiviti bersukan.