1 Oktober 2022,Johor - Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia peringkat Negeri Johor telah berlangsung di Kompleks Sukan Kluang, Johor. Kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Johor dan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Liga Sukan UNITI yang menetapkan penglibatan pelbagai kaum sebagai syarat utama pertandingan. Syarat yang diletakkan ini adalah untuk mempamerkan kepada semua semangat kebersamaan dan kesepakatan yang ada dalam setiap pasukan yang terdiri daripada pelbagai kaum.Turut hadir pada perlawanan akhir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, YB Ling Tian Soon dan Timbalan Pengarah Perpaduan, Puan Noraishah Jabbar.