14 Oktober 2022, Perlis - Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia menamatkan jelajah di negeri Utara dalam kejohanan di Negeri Perlis. Sebanyak 17 pasukan futsal dan 19 pasukan bola jaring telah beraksi di Arena Futsal, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra dan Bola Jaring Dewan Terbuka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Turut hadir pada hari akhir kejohanan perlawanan YAB Dato' Seri Azlan Man MB Perlis, YB Exco Pn Siti Berenee , YB En.Seruandi, Pengarah JBS Perlis,Pengarah APM Perlis, PDRM, Persatuan Bola Sepak/Bola Jaring ,KRT, Skuad UNITI , Pegawai yang terlibat dan semua pihak yg secara langsung memberikan kerjasama padu dan menjayakan Liga Sukan Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perlis.