22 Mac 2023, Sepang - Arkib Negara Malaysia bersama Malaysia Airports Holdings Berhad telah mengadakan Pameran Eksklusif Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee bersempena memperingati 50 tahun pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee . Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang merasmikan Pameran Ekslusif Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) hari ini.
Penganjuran Pameran eksklusif ini merupakan kerjasama oleh Arkib Negara Malaysia bersama Malaysia Airports sempena 50 tahun pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan sumbangan beliau dalam mempromosikan perpaduan melalui bidang seni. Pameran yang bermula pada 21 Mac hingga 31 Mei 2023 ini bertujuan menyebarluaskan maklumat berkaitan ketokohan dan sumbangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang telah banyak berjasa kepada negara. Turut hadir, Pengerusi Malaysia Airports Holding Berhad, Tan Sri Datuk Zainun Ali, Timbalan Ketua Setiausaha KPN, YBrs Dr Kang Tong Hum, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBhg. Dato' Jaafar Sidek Hj Abdul Rahman, Ketua Pengarah Muzium Malaysia, Ketua Pengarah JPNIN, YBhg. Dato' Hajah Norison dan Ramli.