07 Mac 2023, Putrajaya - Bertemakan KASIH Wanita, Sambutan Hari Wanita 2023 pada hari ini mencerminkan peranan yang sangat besar dimainkan oleh para wanita dalam pelbagai sudut merentasi kepelbagaian kaum, agama dan bangsa. Sebagai sebuah negara yang sedang mengorak langkah kearah kemajuan dan pembangunan masyarakat MADANI, keterlibatan kaum wanita amat diperlukan dalam segala lapangan untuk terus bergerak maju dan bersama-sama berusaha dengan lebih keras lagi bagi meningkatkan daya saing dan pembangunan negara.” Demikian petikan ucapan YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara ketika menyampaikan Amanat sempena Sambutan Hari Wanita peringkat Kementerian Perpaduan Negara.