06 Mac 2023, Kuala Lumpur -Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang telah hadir ke sesi wawancara Bicara Naratif Khas dengan tajuk Perpaduan Dalam Kepelbagaian. Intipati utama yang dibincangkan oleh YB Menteri adalah berkaitan Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI. 3 kluster utama di bawah Kembara Perpaduan Malaysia MADANI iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Program Komuniti RAHMAH bakal menjadi inisiatif bagi memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Datuk Aaron turut menyentuh usaha Kementerian dalam meningkatkan penghayatan terhadap Rukun Negara khususnya melalui pembudayaan bacaan ikrar Rukun Negara.