18 April 2023, Putrajaya - Kementerian Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat dari TYT Andreas Launer, Duta Austria ke Malaysia bersama delegasinya.
Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Austria akan mengadakan Pameran Khas Tugu Negara di Parlimen semasa Program Hari Terbuka Parlimen diadakan nanti. Ia merupakan kesinambungan daripada Pameran Eksklusif Tugu Negara yang telah diadakan dengan jayanya pada tahun lepas (2022) sempena Ulang tahun ke-60 Hubungan Diplomatik Malaysia-Austria pada tahun tersebut.
Turut dibincangkan mengenai kerjasama dua hala antara Malaysia dan Austria dalam aspek pemeliharaan & pemuliharaan warisan negara.