1 April 2023, Kuching - Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Program Gerak RAHMAH 2023: Jom Masak Bubur Lambuk di Kuching, Sarawak dengan penglibatan lebih 178 Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di sini.
Turut hadir, YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak dan YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.