2 Ogos 2023, Kuala Lumpur -B Datuk Aaron Ago Dagang telah hadir ke Majlis Memperingati Tokoh Negarawan Allahyarham Tun Dr Ismail Al-Haj yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Rukun Negara yang menjadi falsafah kebangsaan dalam memupuk semangat perpaduan antara kaum di negara ini adalah antara legasi negarawan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman kepada rakyat Malaysia. Beliau adalah salah sorang tokoh yang memberi sumbangan besar kepada pembentukan Rukun Negara selepas rakyat berdepan detik hitam akibat peristiwa berdarah 13 Mei 1969.