6 Ogos 2023, Sarawak -YB Datuk Aaron Ago Dagang telah menghadiri Majlis Penutup Jalinan Integrasi Nasional Mahasiswa Tahun 2023 di Sarawak yang melibatkan pelajar berbilang bangsa dari UPM Kampus Bintulu dan IPG Kampus Rajang. Program yang berlangsung selama lima (5) hari ini melibatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Nanga Tada Zon 1,2,3,4 dan 5, Komuniti Rumah Panjang serta penduduk di kawasan Nanga Tada yang menyambut baik kehadiran peserta-peserta bagi memperkenalkan dengan lebih dekat tentang adat, tradisi, budaya dan suasana komuniti setempat. Pelbagai pengisian bermanfaat yang dilaksanakan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Arkib Negara Malaysia (ANM) iaitu explorasi komuniti, gotong-royong, aktiviti kesukarelawanan, sukan perpaduan, rewang dan banyak lagi. Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat. Semoga Program Jalinan ini dapat memberi pendedahan baharu mengenai etnik dan budaya di Sarawak sekaligus mengukuhkan semangat perpaduan dan rasa kecintaan terhadap setiap budaya dan etnik yang terdapat di Malaysia.