5 Ogos 2023, Sarawak -Sempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2023, delegasi Kementerian Perpaduan Negara telah mengikuti Program Bersama Komuniti Berambeh di Kampung Santubong - "Santuni Warisan Kita".
Program bersama komuniti tempatan ini adalah bertujuan untuk merapatkan institusi permuziuman dengan masyarakat tempatan. Pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan telah dilaksanakan seperti aktiviti gotong-royong, sumbangan Bakul Rahmah, sumbangan buku-buku terbitan Muzium, pameran, dan pemeriksaan kesihatan serta jualan produk tempatan.
YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian sekaligus beramah mesra bersama masyarakat tempatan yang hadir. Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohd Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha KPN, YBhg. Datuk Kamarul bin A. Baharin, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia dan YBhg. Dato' Haji Che Roslan bin Che Daud, Ketua Pengarah JPNIN.