8 Ogos 2023, Putrajaya -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan delegasinya. Objektif utama kunjungan delegasi IKIM ke Kementerian Perpaduan Negara adalah untuk memaklumkan perkembangan Projek Piagam Harmoni yang dilaksanakan oleh mereka kepada Menteri Perpaduan Negara. Pertemuan ini juga bertujuan untuk memantapkan hubungan kerjasama antara kementerian dan pertubuhan IKIM dalam memastikan agenda perpaduan nasional terlaksana. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBrs. Encik Mohd Sobri bin Mat Daud.