13 Ogos 2023, Putrajaya -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hari ini telah merasmikan Peluncuran Eksplorasi Rukun Negara di MyTOWN Shopping Centre. Objektif pelaksanaanya adalah untuk meningkatkan penghayatan Rukun Negara sebagai agen penyatupaduan rakyat Malaysia dan menyediakan ruang, peluang dan suasana kepada rakyat Malaysia yang merupakan katalis perpaduan untuk berinteraksi dalam program dan aktiviti yang dianjurkan. Pelaksanaan program ini juga merupakan susulan daripada persetujuan Kerajaan ke atas cadangan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) agar sesi lafaz ikrar Rukun Negara dibaca penuh bermula dengan mukadimah dan diikuti dengan lima (5) prinsip Rukun Negara dalam program-program rasmi Kerajaan termasuk semasa majlis perhimpunan di semua sekolah.