23 Ogos 2023, Kuala Lumpur -Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia telah menganjurkan Festival Sastera Kanak-kanak Tahun 2023 yang akan berlangsung selama dua (2) hari bermula 23 Ogos hingga 24 Ogos 2023. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha KPN.
Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik telah disusun supaya dapat menarik lebih ramai untuk berkunjung ke Perpustakaan Negara. Antaranya bengkel teknik bercerita interaktif, bicara sastera: masa depan sastera kanak-kanak di Malaysia, sesi bercerita, DIY si comel, aktiviti mewarna, demonstrasi Dr. buku, promosi perkhidmatan Digital u-Pustaka, gerai niaga dan banyak lagi.
Program ini bukan sahaja bagus untuk perkembangan intelektual kanak-kanak tetapi jua mampu untuk membantu mereka lebih fokus dan meneroka pengalaman baharu. Selain daripada beraktiviti minda, yang dewasa juga dapat membelek buku-buku yang dipamerkan di sini.