31 Ogos 2023, Kuala Lumpur -Sempena meraikan Sambutan Hari Kebangsaan pada hari ini, Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan Majlis Sambutan Anak Merdeka di Memorial Tun Hussien Onn.Sambutan yang diadakan ini bertujuan untuk meraikan mereka yang menyambut kelahiran pada 31 Ogos daripada pelbagai peringkat usia di samping memeriahkan dan menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan harapan supaya anak Merdeka dapat menjadi ejen perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke-66 Tahun Malaysia! Dan jua kepada semua yang meraikan ulangtahun pada hari bersejarah ini.