30 Ogos 2023, Kuala Lumpur -Majlis Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan bersama YAB Perdana Menteri 2023 ini telah dihadiri oleh YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha KPN dan YBhg. Dato' Jaafar Sidek bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri menyeru agar semua rakyat Malaysia, terutama generasi muda, untuk menerima setiap keunikan kaum lain dan saling hormat-menghormati agar kita dapat hidup bersama secara aman dan sejahtera. Penerimaan dan hormat merupakan kunci kepada perpaduan Negara.