22 September 2023, Putrajaya -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR).Selama 57 tahun, Yayasan telah membantu lebih 9,000 belia. Kini, Yayasan memberi fokus untuk memperkasakan golongan muda, terutamanya daripada latar belakang yang kurang berkemampuan melalui program ‘Closing The Gap’, Biasiswa Tunku Abdul Rahman dan ‘FutureReady’ iaitu program kebolehpasaran dan peningkatan kemahiran diri.