22 September 2023, Putrajaya -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Axel Cruau, Duta Perancis ke Malaysia.Dalam sesi Kunjungan Hormat ini, YB Datuk Aaron menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan fungsi dan peranan KPN dalam mewujudkan suasana harmoni tanpa mengira latar belakang di samping memastikan aspirasi Malaysia MADANI dapat dicapai dengan penganjuran program-program dibawah Kementerian yang berfokuskan budaya, warisan dan juga semangat jati diri dengan penghayatan Rukun Negara.Dalam masa yang sama, kedua-dua pihak membincangkan pelbagai isu dua hala berkepentingan bersama dan juga kerjasama yang dapat diterokai di antara Kementerian dan Perancis.