24 September 2023, Kanowit -Pesta Kanowit adalah satu acara yang menggabungkan budaya, tradisi, dan masyarakat dengan penuh kebanggaan.YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hari ini telah menyempurnakan Majlis Penangguhan Pesta Kanowit 2023.Pesta ini merupakan satu acara yang sangat dinanti-nantikan dengan pelbagai persembahan kesenian, makanan yang lazat, acara sukan dan sebagai platform mempromosikan perpaduan dalam kalangan masyarakat.Pesta Kanowit yang diadakan sejak 2003 ini adalah selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang diperkenalkan oleh Kementerian Perpaduan Negara sebagai pengisian utama dalam program flagship Kementerian Perpaduan Negara iaitu Kembara Perpaduan Malaysia MADANI.