26 September 2023, Kuala Lumpur -YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Pertandingan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2023 yang bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.Program ini adalah bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) melalui pertukaran idea dalam perdebatan yang sihat berdasarkan Prinsip Rukun Negara.Program yang bertemakan 'Warisan Melestarikan Perpaduan' ini melibatkan 151 pembahas dengan 38 pasukan. Penganjurannnya adalah bagi mengasah dan membentuk pemikiran mahasiswa secara holistik dari aspek pemahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia di samping membudayakan ilmu dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Perpaduan melalui wahana perdebatan.Pusingan Akhir telah menyaksikan Perdebatan oleh dua pasukan hebat yang diwakili oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.