30 Mac 2021 - Kementerian Perpaduan Negara telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 di Putrajaya secara hibrid sejajar dengan pembudayaan norma baharu.
Seramai 387 warga Kementerian Perpaduan Negara daripada pelbagai kumpulan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2020. Walaupun usia kementerian ini masih muda namun ianya bukanlah penghalang besar dalam melahirkan warga kerja yang cemerlang.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2020. Pengiktirafan dan penghargaan ini diharap mampu menyuntik semangat bagi mencipta kejayaan dan kegemilangan Kementerian Perpaduan Negara di pelbagai peringkat.