12 Disemebr 2021, Selangor - Seawal jam 8 pagi aktiviti mengacau bubur lambuk telah dimulakan di kawasan Kabin KRT Taman Seri Cheras Jaya, Hulu Langat, Selangor.
Program yang bermula sejak pagi tadi melibatkan 30 anggota memasak dan membantu yang terdiri daripada 12 KRT Daerah Hulu Langat.
Sebanyak 800 pek bubur lambuk telah disediakan bersamaan dengan 4 periuk besar. 500 akan diagih dalam Program berbuka puasa pada petang ini manakala 300 lagi akan diedarkan pada komuniti rukun tetangga.
Antara KRT yang terlibat adalah KRT Tmn Seri Cheras Jaya, KRT Tmn Tun Perak, KRT Bandar Tun Hussein Onn, Suadamai, KRT Bandar Tun Hussein Onn, KRT Pangsapuri Cheras Utama 3, KRT Bukit Angsana, KRT Desa Bukit Cahaya, KRT Tmn Minang Ria, KRT Cheras Perdana A dan C, KRT Tmn Impian Ehdan dan KRT Damai Perdana Fas 1.