18 April 2022, Putrajaya - Kebersihan gigi dan gusi memberikan kesan kepada tahap kesihatan tubuh badan seseorang tak kira dewasa atau kanak-kanak.
Pendidikan di peringkat awal berkenaan penjagan gigi dan gusi telah diterapkan dalam kalangan kanak-kanak.
Terbaik Tabika Perpaduan Apartment 18R12, Presint 18, Putrajaya atas inisiatif yang dilakukan untuk perkembangan pelajar.
Aktiviti yang dijalankan dapat dijadikan sebahagian daripada sesi pembelajaran kanak-kanak menguruskan diri agar dapat dipraktiskan di rumah.
Kanak-kanak jelas teruja kerana dapat melihat simulasi memberus gigi serta melaksanakan latihan praktikal memberus gigi sendiri.