18 April 2022, Selangor -Program Singgah Sahur telah diadakan oleh KRT Seroja Apartment Sepang, Selangor pada malam ini. Demi menjayakan program tersebut, KRT Seroja Apartment Sepang menjalankan aktiviti gotong-royong di malam hari untuk membekalkan makanan yang berkualiti dan selamat di makan menjelang waktu sahur.
Gotong-royong diadakan dengan kerjasama komuniti rukun tetangga setempat. Pelbagai peringkat umur yang hadir untuk menghulurkan bantuan dan bekerjasama dalam menjayakan Program tersebut.