13 April 2022, Pulau Pinang - Jiran Wanita KRT Taman Pauh dengan kerjasama Puspanita Negeri Pulau Pinang dan Masjid Jamek Al-Hidayah telah berjaya melaksanakan Program Tadarus Al-Quran pada minggu kedua Ramadan. Program yang diadakan ini bagi menghayati bulan Ramadan yang mulia dengan penuh rasa tawaduk. Ia juga dapat menggandakan amal ibadah, di samping dapat menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama komuniti setempat.