9 April 2022, Terengganu - Agihan buah kurma dan bubur meraung secara 'drive thru'. Terbaik KRT Jalan Melati atas inisiatif yang dibuat. Berkongsi rezeki dalam masa yang sama menjaga SOP sepanjang program berlangsung.
Program yang diadakan ini bukan sahaja dapat memupuk diri untuk berkongsi rezeki bahkan dapat mengeratkan lagi ukhuwah perpaduan bersama dengan komuniti rukun tetangga.
Syabas juga buat penyumbang yang mengambil bahagian untuk berkongsi rezeki iaitu Bubur Meraung kepada orang ramai.
Bersedekah di bulan Ramadan yakni merupakan amalan yang digalakkan.
Syabas dan Tahniah buat semua jentera KRT Jalan Melati yang terlibat!