16 SEPTEMBER 2021 – YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara telah menyertai Program Santai Kopitiam Belia Sempena Hari Malaysia yang diadakan secara atas talian anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM).
Penganjuran program ini sempena Sambutan Hari Malaysia oleh MBM selaku rakan strategik Friends of Unity Kementerian Perpaduan Negara mampu mengukuhkan agenda perpaduan dengan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan belia dan memperkasa peranan serta penglibatan komuniti untuk sama-sama menyemarakkan semangat perpaduan Keluarga Malaysia.
Sekalung penghargaan dan ucapan setinggi tahniah diucapkan kepada MBM di atas komitmen yang diberikan dalam penganjuran program ini. Diharapkan agar program yang murni seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang sebagai medan pengukuhan perpaduan khususnya dikalangan belia.