23 November 2021 – Skim Rondaan Sukarela (SRS) merupakan salah satu Jentera Perpaduan yang sentiasa menjalankan tugas dan khidmat bakti kepada komuniti setempat dalam mencegah jenayah.
Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Zon Barat, DUN Bukit Bunga, Tanah Merah telah mengadakan program Jom Ronda SRS Norma Baru bagi menaikkan semangat peronda SRS yang sebelum ini tidak dapat melaksanakan rondaan dalam tempoh PKP Covid-19. Program turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan, Encik Shahrani Yusoff serta Timbalan Pengarah JPNIN Kelantan, Encik Mohd Anuari bin Mohd Yusof @Mustapha yang sama-sama turun padang bagi menyuntik semangat kepada peronda SRS serta memantau aktiviti rondaan SRS.
Tuan Pengarah juga telah menziarahi rumah salah seorang peronda SRS di KRT Nibong, Tanah Merah dimana beliau memiliki anak kelainan upaya (OKU) yang terlantar bagi menyerahkan sumbangan. Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu keluarganya.