2 Disember 2021 - Peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam menjaga keselamatan telah diperkasakan apabila Skim Rondaan Sukarela (SRS) di iktiraf sebagai salah satu pelaksana utama dalam Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu untuk meningkatkan keselamatan dan mencegah jenayah.
Setelah sekian lama tidak menjalankan tugas, rondaan SRS mula diakitfkan kembali setelah berehat panjang akibat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu, Program Jom Jengok SRS Daerah Yan telah diadakan bagi menyantuni peronda-peronda SRS yang bertugas.
Pegawai Perpaduan Daerah Yan, Puan Nasriza Long bersama Penolong Pegawai dan beberapa ahli jawatankuasa SRS Daerah Yan telah berpeluang melawat ke empat (4) pos SRS iaitu SRS Taman Yan, SRS Taman Desa Aman, SRS Sg Limau Dalam dan SRS Kg Kuala Dulang Kechil.
Turut diadakan penyerahan vest SRS yang baru kepada kawasan yang telah dilawati.