12 Disember 2021 – Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada 9 Disember 2021 di Kuala Lumpur Convension Centre (KLCC).
Pameran yang berlangsung selama empat (4) hari ini terbuka kepada orang ramai dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan bermula 9 hingga 12 Disember 2021.
Kementerian Perpaduan Negara turut mengambil bahagian dalam menyediakan reruai bagi menyampaikan maklumat berkaitan jentera peraduan, perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian.
Selain dari perkongsian maklumat, Kementerian Perpaduan Negara turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung seperti Roda Perpaduan. Para pengunjung yang berjaya menjawab soalan berpeluang membawa pulang cenderamata yang disediakan.