26 March 2022, Sarawak- Bengkel pemantapan kepimpinan dan gerak kerja Rukun Tetangga telah berlangsung di daerah Lawas pada hari ini
Majlis yang berlangsung di Dewan Kampung Long Tuma, Daerah Lawas itu dirasmikan oleh YBhg. Tuan Dirwana Haji Azool, Pengarah Perpaduan Negeri Sarawak.
Turut hadir, Pegawai perpaduan daerah Lawas, Puan Peridah Tegar pada bengkel yang diadakan pukul 9 pagi itu.
Ceramah telah disampaikan oleh Encik Arman Hakimi Abdullah, Unit Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan, JPNIN Negeri Sarawak dan Encik Mohd Fadzil Sulaiman , PPP Daerah Lawas.