9 Julai 2022, Kedah - Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Kota Setar, Padang Terap, Pokok Sena dan Skuad Uniti Kota Setar telah turun padang untuk memberikan sumbangan dan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas dengan banjir yang melanda Baling baru-baru ini. Beberapa barangan keperluan turut diagihkan seperti barangan makanan, keperluan harian dan banyak lagi.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan bantuan yang diterima ini dapat meringankan beban penduduk.