25 September 2022, Sarawak - Baru-baru ini berlangsung Pertandingan Sukan UNITI yang telah dikemudi oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak.
Acara yang berlangsung di Kompleks Sukan Samarahan itu mempertandingkan permainan futsal bagi lelaki dan bola jaring bagi perempuan. Yang paling menarik adalah, setiap kumpulan mestilah mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Syarat penyertaan yang diletakkan ini adalah untuk mempamerkan kebersamaan dalam setiap kumpulan dan mengeratkan semangat muhibbah dalam bidang sukan.
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sarawak.